Ketua Sekretariatnya, Norashikin Ismail berkata, temuduga terbuka itu akan dilaksanakan di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ( ILPKK) Sepanggar, Sabah.

Hari terbuka ini merupakan acara melabuhkan tirai kembara 'outreach' untuk tahun ini.

Kita menyasarkan 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pencari kerja dan graduan yang ingin menyertai SL1M dari seluruh Sabah.

Temuduga akan dilakukan secara terus pada hari itu dan kita minta kepada pencari kerja di negeri Sabah agar berpakaian kemas, membawa dokumen berkaitan serta resume," ujarnya ketika sidang akhbar majlis berkenaan di Hotel Royal Chulan, dekat sini hari ini.- UTUSAN ONLINE