SALLEH SAID
SALLEH SAID KERUAK

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, SKMM juga telah mengadakan perbincangan dengan semua syarikat telekomunikasi mengenai kebocoran data tersebut.

“Kes ini sedang dalam siasatan polis dan SKMM. Kita boleh kenal pasti dari mana sumber yang mungkin menyebabkan kebocoran ini berlaku.

“Kita akan selesaikan perkara ini secepat mungkin demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, portal lowyat.net diarahkan SKMM supaya menarik balik penyiaran artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari pekerjaan.