Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Skim Latihan 1Malaysia jadi rujukan dunia

WAKIL kerajaan daripada seluruh dunia hadir pada Forum Perkhidmatan 3
WAKIL kerajaan daripada seluruh dunia hadir pada Forum Perkhidmatan Awam PBB 2017.

PUTRAJAYA 17 Julai – Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menjadi rujukan dunia selepas dijemput oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mewakili Malaysia ke Forum Perkhidmatan Awam PBB 2017 yang berlangsung di The Hague, Belanda pada 22 dan 23 Jun lalu.

Ketua Sekretariat SL1M, Nora­s­hikin Ismail berkata, pada forum tersebut beliau telah membentangkan kertas kerja berhubung usaha kerajaan dalam mena­ngani isu pengangguran terutama­nya dalam kalangan belia, dan skim serta inisiatif tersebut telah menarik minat beberapa negara.

Beliau berkata, sehingga kini, SL1M kelolaan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama lebih 300 syarikat tempatan telah berjaya membantu kira-kira 120,000 belia mendapatkan pekerjaan, se­kali gus menangani isu pe­ngangguran.

“Saya yang mewakili SL1M berkongsi inisiatif kerajaan de­ngan hasrat negara lain dapat sama-sama belajar dan berkongsi maklumat di bawah tema ‘Pewujudan Pekerjaan dan Kemakmuran’, dan inisiatif kerajaan ini telah mendapat pujian daripada pelbagai negara.

“Inisiatif ini juga telah mendapat perhatian dari negara-negara seperti Oman, Azerbaijan, Colombia; Sri Lanka; Belanda dan Ireland kerana keunikan kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam mengasah bakat pelatih SL1M, selain membantu mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Menurut Norashikin, forum anjuran Kementerian Dalam Nege­ri dan Hubungan Antarabangsa Belanda serta Bahagian Pentadbiran Awam dan Pengurusan Pemba­ngunan PBB itu disertai negara serata dunia dan banyak negara membentangkan ini­siatif di ba­wah tema ‘Pewujudan Pekerjaan dan Kemakmuran’.

“Tujuan utama forum ini adalah bagi menghimpunkan wakil-wakil kerajaan dari seluruh dunia untuk berkongsi pendekatan inovatif masing-ma­sing dalam membantu golongan-golongan yang terpinggir dalam misi mencapai Agenda 2030 iaitu pembangunan yang mampan, meskipun menghadapi arus pembangunan pesat dan keka­ngan sumber bumi yang semakin berkurang,” katanya

Norashikin berkata, sejak SL1M diperkenalkan lima tahun lalu, banyak kejayaan telah dihasilkan, maka tidak hairan inisiatif tersebut berjaya menarik perhatian negara lain yang ingin mengaplikasi program SL1M bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan di negara mereka.

“Melalui SL1M, kami sentiasa mengutamakan pelatih yang sentiasa berfikiran positif dan ingin belajar dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas terutamanya yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pedalaman.

“Kita juga membuka peluang kepada belia yang ingin mencari pekerjaan walaupun mereka dari keluarga berkemampuan selagi mereka ma­hu belajar dan ingin meneroka peluang pekerjaan yang baharu, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran negara,” katanya.

Menurut Norashikin, sehingga kini sebanyak 300 syarikat awam dan swasta terlibat secara langsung dalam program SL1M de­ngan menyediakan latihan industri kepada pelatih, selain menyerap kan graduan yang terpilih untuk be­kerja dengan syarikat mereka.

“Malah, pengiktirafan oleh pi­hak PBB yang menjemput pihak SL1M menyertai Forum Perkhidmatan Awam PBB 2017 pada Jun lalu juga telah membuka mata banyak syarikat swasta untuk berkolaborasi dengan kami, sebelum ini mereka tidak mahu terlibat, namun kini mereka sudah mula menunjukkan minat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga pernah memberi arahan kepada syarikat yang menerima kontrak kerajaan supaya memberi pula­ngan semula kepada masyarakat terutamanya dari segi peluang pekerjaan dengan menyertai program SL1M,” ujarnya.

Norashikin berkata, sikap belia yang gemar memilih pekerjaan tidak mahu terlibat dalam sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar merupakan faktor dan penyumbang utama kepada kadar pengangguran di negara ini sehingga sektor tertentu dimonopoli pekerja asing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain