Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pemandu teksi yang layak mendapat perlindungan di bawah skim tersebut adalah mereka yang bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap serta berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak.

“Skim ini juga layak untuk mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya seperti Uber atau GrabCar,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE