Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak 16 jenis barang diwartakan sebagai barang kawalan yang perlu dijual mengikut harga ditetapkan.

Menurut beliau, pelaksanaan kawalan harga itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Tempoh kuat kuasa skim ini adalah selama lima hari iaitu masing-masing dua hari sebelum dan selepas hari perayaan serta sehari pada hari perayaan di seluruh negara.

“16 jenis barangan dikawal harganya meliputi kategori ayam, telur ayam, sayur-sayuran, daging kambing dan daging khinzir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan tinjuan harga barang di sebuah pasar raya sempena pelaksanaan SKHMP Krismas - UTUSAN ONLINE