Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SK Taman Nirwana perintis Program Pertanian Bandar Lembah Klang

Ahmad SHABERY CHEEK  dan  Noh Omar melancarkan Program Pertanian
AHMAD SHABERY CHEEK dan Noh Omar melancarkan Program Pertanian Bandar peringkat Lembah Klang di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang, Selangor, semalam. BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai sekolah perintis bagi Program Pertanian Bandar peringkat Lembah Klang dalam usaha kerajaan menggalakkan komuniti bandar menanam dan mengeluarkan sendiri bahan ma­kanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif itu bertujuan memperkenal dan mendekatkan pelajar sekolah dalam aktiviti pertanian, sekali gus menggalakkan interaksi sosial penjawat awam dan penduduk tempatan dalam pertanian.

“Sebelum kita perkenalkan pertanian bandar kepada komuniti bandar di Lembah Klang lagi bagus kita perkenalkan di pe­ringkat sekolah kerana ia mampu membuka ruang pendidikan kepada para pelajar, khususnya bagi anak bandar yang tidak biasa atau tidak pernah bergiat dengan pertanian.

“Melalui sekolah juga kita dapat menggalakkan interaksi sosial antara penduduk atau ibu bapa pelajar dengan warga sekolah,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Pertanian Bandar pe­ringkat Lembah Klang di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, inisiatif itu mampu menyuntik semangat warga bandar untuk memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk bercucuk tanam seperti trend di Tokyo dan Hong Kong.

Sementara itu, Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, program itu dapat meningkatkan motivasi penduduk bandar untuk me­ngurangkan kos sara hidup dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain