Mereka dinobatkan sebagai johan kategori putera dan kategori puteri serta diumumkan pemenang Ketua Platun Terbaik Putera.

Pasukan kawad kaki sekolah yang ditubuhkan pada tahun 2011 ini dibimbing lima jurulatih iaitu Razlan Abdul Rahman, Hermiza Yusof, Norizan Mahmud, Hamidah Kassim dan Sofa Ahmad.

Disiplin dan komitmen padu pasukan serta sokongan berterusan ibu bapa menjadi antara faktor utama penyumbang kejayaan pasukan ini.

Selain itu, latihan bersungguh-sungguh dan pengorbanan dalam bentuk tenaga, masa dan kewangan juga membantu kejayaan cemerlang pasukan ini pada peringkat kebangsaan.