Timbalan Perdana Menteri berkata, malah SJKC di seluruh negara yang berjumlah 1,298 buah ketika ini ditambah apabila pembinaan 10 buah SJKC telah diluluskan oleh kerajaan tahun ini.

Menurutnya, dalam masa sama sebanyak 454 buah sekolah SJKC yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid kerana mempunyai kurang 150 murid juga tidak akan ditutup.

"Saya memberi jaminan tiada satu pun SJKC di negara ini yang akan ditutup. Ini kerana kerajaan mahu memastikan pendidikan sama rata tanpa mengira kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sumbangan kelengkapan persekolahan kepada murid, Program Kembali Ke Sekolah di SJKC Chong San, Bagan Sungai Burung, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE