Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, kemeterian itu juga tidak perlu melayan kepentingan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan kepentingan negara.

Katanya, ini kerana pemikiran songsang isu pembinaan SJKC ini merupakan lambang rapuhnya pendirian rakyat terhadap agenda integrasi nasional sehingga ada di antara mereka gagal mengutamakan kepentingan perpaduan .

“Malah ada juga lebih mengutamakan kepentingan kelompok kecil yang dilihat tidak lagi relevan dalam keadaan sekarang. Jika mereka dari kelompok ini juga mereka harus cintakan Malaysia Baru, sewajibnya mereka menyumbang buah fikiran bagaimana hendak mempertingkatkan integrasi nasional.

“Selagi integrasi nasional tidak cukup mantap, selagi itulah akan terus bergeseran sesama kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata kementerian itu akan me­lak­sanakan perpindahan enam SJKC serta meneliti secara objektif mengenai pembinaan 10 SJKC baharu berdasarkan situasi kewangan semasa dan isu-isu ketelusan. - UTUSAN ONLINE