Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siti Saleha bertunang, bakal kahwin tahun depan

KLANG 26 Nov. – Pelakon Siti Saleha selamat bertunang de­ngan Ahmad Lutfi Azhar, 30, dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman bapanya, Mohd. Baharom Abdul Rahman di sini pagi ini.

SITI SALEHA

Saleha yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku yang kini sedang ditayangkan di tele­visyen itu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Ahmad Lutfi yang juga pegawai kerajaan pada tahun depan.

“Alhamdulillah majlis pertu­nangan saya dengan Ahmad Lutfi berlangsung seperti mana yang dirancang. Kami bersyu­kur kerana akhirnya cinta kami ini disatukan dengan tali ikatan yang lebih terjamin.

“Ada selangkah lagi tapak yang perlu diharungi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Saya berdoa agar semua peranca­ngan menuju ke arah itu dipermudahkan oleh-Nya kelak,” kata Saleha selepas majlis pertunangannya berakhir.

Pasangan itu berkenalan antara satu sama lain sejak dua tahun sebelum Ahmad Lutfi melamar adik anggota Bunkface, Sam itu ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman rapat di Mexico, Julai lalu.

Pertunangan Saleha dengan Ahmad Lutfi juga menamatkan teka-teki hubungan istimewa pelakon berdarah Inggeris itu apabila kerap memuat naik gambar mesranya dengan seorang lelaki yang dirahsiakan selama ini.

“Saya semakin selesa untuk mengenalinya secara rapat sejak tahun lepas apabila mendapati yang sebenarnya kami banyak berkongsi minat dan kesukaan yang sama.

“Itu yang membuatkan saya kuat untuk segera melamar Saleha dan mengadakan majlis pertunangan pada hari ini,” kata Ahmad Lutfi yang dibesarkan kebanyakannya di luar negara termasuk Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain