Siti Rahmah meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 10.55 pagi di rumah anaknya di Kelana Jaya.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid al-Hidayah, Kelana Jaya.

Allahyarhamah dikenang sebagai wanita pertama yang menyerahkan barang kemas untuk diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai belanja rombongan menuntut kemerdekaan negara di London. - UTUSAN ONLINE