SITI NURHALIZA bakal tampil dengan album baharu.

Jelas penyanyi itu, dia sememangnya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan berhasrat untuk memuatkan lagu berbahasa Cina dalam album yang dibarisi 10 lagu baharu itu.

"Setakat ini, lagu semua sudah ada. Malah lagu berbahasa Cina pun ada. Saya mahu cuba benda baharu.

"Saya juga ada usaha seterusnya untuk berkerjasama dengan komposer terkenal, A.R. Rahman. Projek istimewa, tapi masih dalam perancangan," katanya.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza juga menyimpan hasrat untuk mengadakan siri jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya.

"Teringin tapi masih dalam perancangan. Malah saya juga ingin membuat persembahan di pentas berprestij seluruh dunia antaranya The Opera House di Sydney, Australia," katanya.- UTUSAN ONLINE