Ibunya, Mazinah Mahmud, 57, berkata, perkara tersebut dimaklumkan rakan rapat kepada anak keduanya itu yang dikenali sebagai Angela.

Ujarnya, susulan kejadian itu juga menyebabkan rakan anaknya itu mengalami patah kaki akibat terkena runtuhan batu.

“Saya ada hubungi Angela semalam bagi mengetahui berhubung kejadian, dia ada maklum sebelum kejadian, mereka sedang berkemas untuk keluar rumah ke Lapangan Terbang selepas berehat di rumah tersebut.

“Ketika kejadian, mereka tidak dapat menyelamatkan diri akibat kajadian terlalu pantas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mazinah, rakan baik anaknya itu ada memaklumkan untuk bertemu dengannya setiba sahaja pulang ke tanah air tapi tidak dimaklumkan bila.

“Angela masih menerima rawatan di hospital, jadi kami tidak mahu menganggu dia. Apa yang terjadi sudah ketentuan Allah,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE