Syarikat tersebut turut memenangi Anugerah Pemasaran Digital Terbaik dalam majlis anugerah yang diadakan dengan kerjasama Bank Islam dan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad bagi mengiktiraf daya usaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadi yang terbaik.

Sebanyak 48 penyertaan diterima bagi merebut Anugerah PKS Patuh Syariah 2017 Bank Islam-Utusan yang mempertandingkan lapan kategori.

Anugerah PKS Baharu Terbaik dimenangi syarikat MM Matrix Integrity (M) Sdn. Bhd; Anugerah Perkhidmatan Hospitaliti Terbaik bagi pulangan ekuiti terbaik dimenangi Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.

Anugerah Produk Pengguna Terbaik dimenangi Print Expert Sdn. Bhd (pertumbuhan terbaik) dan Mumtaz Meat & Marine Food Sdn. Bhd. (pulangan ekuiti terbaik).

Anugerah Produk Pertanian Terbaik dimenangi syarikat Biovista Lifesciences Sdn. Bhd. sementara IX Telecom Sdn. Bhd. memenangi Anugerah Pembangunan Komuniti dan Sosial Terbaik.

Sementara tiada pemenang bagi Anugerah Perkhidmatan Pengangkutan dan Logistik Terbaik.

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Islam (M) Berhad, Datuk Seri Zukri Samat; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Pengerusi SME Corporation, Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid; dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Turut hadir Pengurus Negara Visa Malaysia; Ng Kong Boon. - UTUSAN ONLINE