Dalam satu hantaran di Facebooknya, Siti Kasim berkata, dia telah dimaklumkan oleh seseorang mengenai penyebaran gambar dengan komen yang telah diubah suai itu dan ditularkan.

Gambar dan komen yang didakwa telah diubah suai dan disebarkan di media sosial.
Gambar dan komen yang didakwa telah diubah suai dan disebarkan di media sosial. 

Aktivis masyarakat berkenaan memberi amaran kepada invididu terbabit dan semua yang berkongsi gambar tersebut di media sosial untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada beliau.

"Saya dimaklumkan bahawa gambar saya ini telah diubah suai oleh individu berkenaan dan kemudiannya menyebarkannya melalui media sosial. 

"Saya telah mengumpul semua maklumat, terima kasih kepada insan yang mulia itu. Saya memberi peringatan kepada budak lelaki ini terutamanya dan semua yang berkongsi foto ini secara amnya, untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada saya," tulis Siti Kasim.

Dalam hantaran asalnya, komen yang tertera adalah antara seorang pelayar yang bertanyakan 'ini kucing kan' dan Siti Kasim menjawab 'Meeeoowww...'. - UTUSAN ONLINE