Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, mereka perlu menyedari bahawa Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini sedang melakar sejarah itu.

“Sama-samalah kita jadi sebahagian daripada pelajar sejarah. Anda adalah generasi yang akan penuhi harapan rakyat,” kata beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pendidikan Tingggi Peringkat Kebangsaan 2018 di Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan.

Maszlee berkata, golongan itulah yang dipertaruhkan dalam meneruskan perjuangan bagi meletakkan negara di persada peringkat lebih tinggi, maju dan

makmur.

“Anda adalah generasi yang akan bawa Malaysia lebih makmur, harmoni, maju dan diberkati. Masa depan negara di tangan anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, hampir 200 pemimpin pelajar dari 47 institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di seluruh negara selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai konvensyen tiga hari itu yang bermula Isnin lalu.

Program itu anjuran bersama MPP UniSZA, Kementerian Pendidikan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (PTNC HEPA) dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).- UTUSAN ONLINE