Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siswa bebas bersuara asal beradab - TPM

AHMAD ZAHID HAMIDI bersama Idris Jusoh dan perwakilan pemimpin mahasiswa selepas mempengerusikan mes
AHMAD ZAHID HAMIDI bersama Idris Jusoh dan perwakilan pemimpin mahasiswa selepas mempengerusikan mesyuarat MPPK 2017 di PICC, Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Sept. - Kepemimpinan mahasiswa di institusi pengajian tinggi bebas menyuarakan isu, cadangan dan pandangan untuk menambah baik dasar-dasar kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat Majlis Perun­dingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merupakan platform terbaik untuk kepemimpinan mahasiswa menyuarakan pendapat mereka.

Menurutnya, kerajaan sentia­sa mendengar pendapat yang ber­lainan dilontarkan oleh mahasiswa kepada kerajaan kerana hasil daripada maklumat sedemikian, ada yang membuahkan hasil bermanfaat.

“Dalam setiap perbezaan pendapat itulah kita perlu mencari intipati yang boleh diketengahkan kegunaannya. Bagaimanapun dalam meraikan perbezaan pendapat, haruslah ada ketertiban,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat MPPK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Pendi­dikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Jelas Ahmad Zahid, antara tindakan susulan yang telah diambil oleh kerajaan hasil mesyuarat MPPK lalu termasuklah penekanan terhadap aspek kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa demi pembentukan sebuah komuniti yang bersifat penyayang melalui program Gap Year.

Ahmad Zahid berkata, program Gap Year yang bermula tahun ini dilaksana dalam tempoh masa satu tahun dibuat ba­gi pelajar membuat refleksi dan pene­rokaan diri menerusi­ program kesukarelawanan, keusa­hawanan,­ bersukan dan sebagainya.

Beliau optimis semua perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut sentiasa matang dan rasional dalam mengutarakan pendapat masing-masing di hadapan wakil pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Ini merupakan satu komitmen yang cukup tinggi dan positif ditunjukkan oleh pihak kerajaan dan sudah tentu ini menunjukkan betapa pentingnya MPPK.

“Saya berharap keputusan yang dibuat dapat memberi kesan kepada anak cucu kita pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, dalam mesyua­rat kali ini, empat kertas pertimbangan telah dibentangkan wakil pelajar iaitu Pengukuhan Konsep Tabayyun Mengelakkan Ancaman Media Sosial oleh Mohamed Yusoff Warsa Mohamed Abdullah dari Majlis Perundingan Pelajar (MPP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Turut dibentangkan ialah Inisiatif Sistem Rangkaian Pengangkutan Awam oleh Nurul Farhana Ismail (MPP Universiti Malaysia Terengganu), Victory Volunteer oleh Fifiyana Asida Abdul Samat (MPP Universiti Teknikal Malaysia Melaka) dan Sains dan Teknologi: Pemangkin Ekonomi di Malaysia oleh Arthur Yeow Eng Lip (Malaysian Students' Council of Australia, University of Ade­laide, Australia).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain