Slug : Sayang bayi.GEORGETOWN 01 JANUARI 2018 - KETUA Pergerakan
NORLIZA ABD. RAHIM

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, perkara berkenaan sangat mengecewakan rakyat selain tidak mencerminkan perjuangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu memastikan tiada individu terlepas daripada tindakan sekiranya terlibat rasuah atau salah laku.

Bertambah pelik menurutya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyiasat kes berkenaan kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyerbu pejabat Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini selain turut menyelongkar rumah banglo murahnya di Jalan Pinhorn untuk mencari bukti.

“Guan Eng juga telah ditahan dan disiasat selama berjam-jam, namun kes berkenaan dengan mudahnya digugurkan oleh Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa sama, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri turut mempersoal perbezaaan kes yang dihadapi Guan Eng dengan tuduhan dan hukuman yang telah dijalani bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Katanya, ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah, Mohamad Khir tidak terlepas walaupun beliau merupakan pemimpin BN. - UTUSAN ONLINE