Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sistem pentadbiran keluarga Islam jamin hak suami isteri

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (tengah) selaku Yang Dipertua
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (tengah) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bergambar bersama para peserta selepas melancarkan Majlis Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Islam Negeri Perlis 2017 hari ini. - BERNAMA

KANGAR 6 Julai - Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, hak itu termasuk suami dan isteri dilindungi daripada sebarang bentuk kezaliman terhadap pasangan mereka.

"Hak ini selaras dengan ajaran Islam yang memberikan impak dan persepsi positif terhadap perkahwinan dalam Islam khasnya kesucian agama itu sendiri," titah baginda ketika merasmikan ‘Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2017’ di sini, hari ini.

Menurut baginda, kekuatan dan kecekapan pengurusan perkahwinan dapat memastikan isteri atau suami mendapat hak pembelaan sewajarnya apabila berlaku perceraian.

"Selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis(MAIPs), beta amat sukacita kerana Perlis menjadikan undang-undang berlandaskan Islam sebagai paksi bagi memelihara institusi kekeluargaan dan memastikan setiap pihak mendapat hak serta keadilan sewajarnya.

"Beta berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam yang dilantik kali ini memberikan khidmat terbaik dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab supaya kemampanan institusi kekeluargaan Islam terus dihormati," tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam turut membimbing pasangan baru berkahwin menjadi keluarga Islam yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hassan, Ketua Pegawai eksekutif MAIPs Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Jabatan AgamaIslam Perlis, Dr. Hazman Hassan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain