Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sistem pendidikan awal kanak-kanak ditambah baik

SISTEM PRASKOLAH
MENTERI Pendidikan menyampaikan biasiswa Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada 48 anak pekebun kecil Padang Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap hari ini. Gambar ihsan Kementerian Pendidikan.-UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 18 Jun - Kementerian Pendidikan sedang berusaha menambahbaik sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan menyelaras modul pembelajaran institusi prasekolah kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, satu Jawatankuasa Pendidikan Awal Kanak-kanak ditubuhkan bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan potensi prasekolah kerajaan.


Katanya, jawatankuasa yang disertai pakar dari kementerian tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Permata Negara (Permata).


“Jawatankuasa terbabit akan mencari kaedah terbaik untuk menyelaras modul pembelajaran kanak-kanak bermula dari prasekolah kerajaan sebagai persiapan untuk mereka masuk tahun satu.


“Kita akan melihat keperluan untuk menambah baik pendidikan awal kanak-kanak sedia ada. Mungkin kota akan menyelaras aktiviti pembelajaran mengikut keupayaan usia mereka,” katanya di sini hari ini.


Terdahulu,  beliau menyampaikan biasiswa kepada 48 pelajar tingkatan lima dalam Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA Daerah Padang Terap 2017.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain