Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan itu, satu undang-undang baharu sedang digubal dan akan dibentangkan dalam sidang Parlimen Jun ini.

Najib berkata, undang-undang itu dijangka dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018 manakala bayaran faedah dibuat mulai 1 Januari 2019.

"Pekerja akan mendapat bantuan saraan sementara dan mencari pekerjaan baharu melalui program perkhidmatan pekerjaan, ini meliputi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.

"Pelaksanaan SIP akan dibiayai melalui caruman daripada pihak pekerja dan majikan dan dana SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.