Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif dengan diiringi Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Menurut Md. Raus, proses lelong awam harta tak alih sebelum ini dilaksanakan secara manual di 15 lokasi Mahkamah Tinggi Malaya seluruh Semenanjung Malaysia.

“Proses secara manual sebelum ini dilihat terlalu rumit dan mengambil masa yang lama sehingga menimbulkan pelbagai masalag serta rungutan.

“Dengan terlaksananya sistem e-lelong secara dalam talian ini bukan sahaja memudahkan semua pihak terlibat tetapi meningkatkan ketelusan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE