Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, punca peningkatan tersebut adalah akibat pembaziran makanan termasuk juadah yang tidak terjual di bazar-bazar Ramadan. 

“Selain daripada itu, bahan bungkusan seperti beg plastik dan pek polistrin juga merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan harian. 

“Pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat dengan peningkatan sekurang-kurangnya 500 tan sampah dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari berbanding kutipan sebanyak 2,500 tan pada hari biasa di Kuala Lumpur yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE