Pengarah Urusannya, Khalidah Mustafa berkata, pemberian melalui program pertukaran topi keledar dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tersebut merupakan sebahagian daripada usaha SIRIM bagi menye­darkan golongan berkenaan tentang kepentingan pemakaian topi yang mengikut piawaian.

Menurutnya, setiap tahun sebanyak empat atau lima IPT termasuk di Sabah dan Sarawak telah dipilih untuk menerima sumbangan itu.

“Sejak tahun 2011, kita telah menyumbangkan kira-kira 800 hingga 1,000 topi keledar setiap tahun yang diagihkan-agihkan kepada empat atau lima institusi yang di-pilih untuk menyertai program ini.

“Selain menyedarkan mereka tentang kepentingan memakai topi keledar yang mengikut piawaian dan selamat, program ini juga banyak membantu dalam me-ngurangkan kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) dan Pertukaran Topi Keledar daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd kepada 200 pelajar Politeknik Ung-ku Omar (PUO), di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pelaksanaan dan Projek JKJR, Mohd. Rusdi Mohd. Darus itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Perak, Laila Mazwin Zakaria Timbalan Pengarah PUO, Muhammad Zubir Mohd. Hanifah.

Sementara itu, Mohd. Rusdi berkata, selain PUO, dua lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipilih untuk menyertai program itu tahun ini ialah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknikal Malaysia (Utem) di Durian Tunggal, Melaka.

Kata beliau, sebanyak 200 topi keledar dan baju pantul cahaya akan diagihkan kepada penuntut di kedua-dua institusi terlibat pada 19 Mei depan di UPSI dan pertengahan Oktober di Utem Durian Tunggal.

“Keutamaan adalah kepada penuntut yang mempunyai topi keledar tidak memenuhi piawaian ditetapkan SIRIM. Untuk mereka kita gantikan topi keledar tersebut dengan topi keledar yang menepati piawaian serta selamat,” katanya.