Kuala Nerus merupakan sebahagian daripada 54 lokasi di seluruh negara dalam siri jelajah itu dengan matlamat mencari pelajar yang tercicir agar berpeluang ke universiti, kolej atau institusi kemahiran.

Program aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijadualkan dirasmikan oleh beliau sendiri serentak dengan Upacara Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) petang ini.

Pengarah Programnya, Mohd. Asrul Abu Seman berkata, siri jelajah ke Terengganu itu termasuk di Dungun esok, disertai 22 institusi termasuk enam universiti awam.

“Mereka yang layak, surat tawaran akan dikeluarkan serta-merta pada hari sama untuk kursus yang berasaskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Oleh itu, pemohon perlu membawa dokumen berkaitan termasuk salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa, keputusan peperiksaan, salinan surat beranak dan lain-lain hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi jelajah di tapak Perumahan Rakyat Bukit Nanas di sini. - UTUSAN ONLINE