Menurut beliau, tindakan itu tidak wajar kerana TMJ baru dipilih menerajui badan induk bola sepak negara itu.


“Kalau memang ada konspirasi, ini kerja orang gila sebab kita baru lantik beliau sebagai presiden FAM. Beliau sudah buat perubahan dan ada sedikit peningkatan (bola sepak negara).


“Kenapa perlu kacau, saya lansung tidak setuju dan kita sama-sama kena lawan konspirasi ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong Ke-48 di sini hari ini. 


Beliau mengulas pendedahan TMJ semalam bahawa terdapat usaha segelintir Exco FAM yang bersekongkol mahu beliau melepaskan jawatan dan menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam. - UTUSAN ONLINE