Langkah itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Heng Swee Keat dalam kenyataan bajetnya di Parlimen hari ini.

Swee Keat berkata, tempoh masa sebenar pelarasan itu akan bergantung kepada keadaan ekonomi, sejauh mana perbe­lanjaan meningkat dan peningkatan hasil cukai sedia ada.

Beliau turut menjangkakan pelarasan itu akan dilakukan lebih awal daripada tempoh tersebut.

Menurut Swee Keat, kerajaan Singapura perlu menaikkan GST bagi membantu menampung kekurangan perbelanjaan masa depan dalam pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, keselamatan dan sosial meski­pun telah mengambil kira pelbagai usaha termasuk penjimatan dalam mengurusnya.

Kenaikan cukai tersebut dijangka akan meningkatkan hampir 0.7 peratus daripada Kelua­ran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun kepada hasil kerajaan.

Terdahulu, Ketua Strategi Penyelidikan Perbendaharaan Bank OCBC, Selena Ling berkata, kenaikan dua peratus kadar cukai berkenaan berpotensi meningkatkan sumbangan GST kepada 20 peratus daripada jumlah penerimaan cukai Si­ngapura berbanding 16 peratus pada tahun lalu.

Tambah Swee Keat lagi, Si­ngapura juga akan mula me­ngenakan GST ke atas e-perkhid­matan yang disediakan oleh pembekal asing menjelang awal 2020. – BERNAMA