BBC melaporkan, perkhidmatan itu disediakan oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines.

Penerbangan tersebut melibatkan jarak sejauh 15,000 kilometer dan dijangka memakan masa bawah 19 jam.

Syarikat penerbangan Australia, Qantas sebelum ini melancarkan laluan penerbangan dari Perth ke London selama 17 jam manakala Qatar pula memperkenalkan laluan dari Doha ke Auckland yang memakan masa selama 17.5 jam. – AGENSI