Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Ku­mar berkata, walaupun berjaya menghapuskan premis judi siber di negeri ini sindiket terlibat mengubah kaedah kegiatan mereka dengan menyasarkan perkhidmatan isian semula untuk kaki judi terbabit.

Menurutnya, polis kini ber­de­pan cabaran mengesan ak­ti­­viti itu yang menggunakan mo­dus operandi dalam talian ke­­rana kaki judi bermain meng­gunakan telefon bimbit, tablet atau komputer.

Selain itu, katanya, mereka ju­ga licik menyembunyikan ke­giatan jenayah tersebut apabila tidak beroperasi di premis tetap sebaliknya membekalkan perkhidmatan isian semula yang dijual melalui orang te­ngah iaitu pemilik kedai kopi dan kedai serbaneka tertentu.

“Setiap minggu, pasukan JSJ dari Ibu pejabat Polis Kontin­jen (IPK) dan daerah-daerah me­la­kukan serbuan di kedai ser­ba­neka serta kedai kopi yang di­­syaki terlibat bekerjasama de­ngan sindiket menjual per­khid­matan isian semula bagi judi da­lam talian.

“Namun, pihak polis hanya boleh melakukan pemeriksaan dan rampasan terhadap peralatan yang digunakan kerana tiada undang-undang boleh digunakan bagi mendakwa penjual terbabit ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas me­nyaksikan Majlis Serah Terima Tu­gas Jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sarawak di Mes Pegawai Kanan, IPK negeri di sini hari ini.

Dev Kumar menyaksikan maj­lis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perun­da­ngan) Sarawak, Asisten Ko­misioner Lee Moh Lee yang ber­sara wajib esok kepada penggantinya, Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai.

Mengulas lanjut, beliau ber­ka­ta, pihaknya giat mengesan dalang yang menaja aktiviti perjudian itu, di samping mengkaji penggunaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasaan) 2014 untuk mendakwa individu terlibat da­lam perjudian tersebut.

Dalam perkembangan lain, ka­tanya, trend indeks jenayah di Sarawak didapati berterusan menurun sejak 2008 sehingga tahun lalu.