Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata, simposium memasuki tahun keempat yang menumpukan kepada tema keusahawanan disruptif dijangka disertai lebih 2,500 peserta.


“Simposium MA2017 bukan sahaja menjadi platform untuk bertuka idea malah boleh melengkapkan peserta dengan kemahiran, pembelajaran, pengetahuan berharga dan pengalaman yang relevan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE