Tegas Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, masyarakat mempunyai hak untuk menikmati air yang berkualiti seiring dengan harga yang mereka bayar.

“Air kotor dan berwarna kuning, berbau macam daripada paya. Bukan sahaja tak boleh minum, hendak basuh baju berwarna putih pun fikir 10 kali.

“Kualiti air kena dipertingkatkan sebelum kenaikan kadar tarif dilaksanakan, baharulah adil kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif air mungkin dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menurut beliau, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan. - UTUSAN ONLINE