Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sekali gus menunjukkan bahawa golongan miskin tegar dan B40 sekali lagi dipinggirkan oleh kerajaan Pusat.

"Kadar kemiskinan turun disumbangkan oleh AIM sejak sekian lama. Malah, pinjaman tidak berbayar (NPL) juga paling rendah.

"Adakah kerana AIM salah satu kejayaan Barisan Nasional, maka ingin dinafikan? Jangan kerana marah nyamuk kelambu dibakar," katanya dalam laman Twitter rasminya, di sini malam ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, kerajaan sedang menyediakan dokumen untuk memulakan prosedur membatalkan sijil AIM dalam sidang Dewan Rakyat semalam. - UTUSAN ONLINE