AHMAD SAPARUDIN
AHMAD SAPARUDIN

Sedangkan titah Seri Paduka itu, kata Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf merupakan teguran berharga yang perlu tersemat dalam hati dan sanubari setiap 222 Yang Berhormat di Dewan Rakyat.

Tegas beliau, MBM memandang serius ketidakhadiran di Dewan Rakyat dan menganggap insiden penangguhan persidangan selama 10 minit sebagai memalukan serta tidak memberikan teladan yang baik kepada generasi muda.

“Seakan sindiran dalam nada bersahaja oleh Yang di-Pertuan Agong sewaktu membuka sesi persidangan baru-baru ini hanya dijadikan bahan jenaka bukan teguran. Malah teguran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga belum dapat dihayati.

“Ahli Dewan Rakyat seharusnya sedar dan perlu bertanggungjawab terhadap tugasan mereka untuk membawa, berbincang, berbahas, meneliti usul dan jawapan yang diberikan di dewan yang mulia ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE