Pengarahnya, Datuk K. Sihabutheen berkata, pihaknya telah menerima notis daripada pembekal barangan basah baru-baru ini yang mana caj GST enam peratus tidak lagi dikenakan bermula hari ini.

Oleh itu, katanya, kos pembelian bahan mentah untuk rangkaian restoran berkenaan juga menjadi lebih murah.

“Bermula hari ini, hidangan kambing dijual pada harga RM5.70 berbanding RM6 sebelum ini manakala lauk ayam mengalami penurunan kepada RM4 berbanding RM4.20.

“Harga roti canai pula dikurangkan sebanyak 10 sen berbanding harga ketika GST iaitu RM1.10," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sihabutheen berkata, penurunan harga juga melibatkan lauk ikan yang kini dijual pada harga RM3.50 berbanding RM3.70; daging RM2.20 ( RM2.30); sayur turut dikurangkan sepuluh sen menjadi RM1.20 dan telur kini dijual pada harga RM1.00 berbanding RM1.10.

“Harga ini hanya melibatkan 11 rangkaian restoran Pelita di utara dan tidak termasuk 14 cawangan di Lembah Klang kerana harga di sana berbeza," katanya. - UTUSAN ONLINE