Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, notis pemberitahuan mesyuarat kepada ahli Dewan Rakyat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

"Urusan pertama pada 16 Julai adalah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat diikuti dengan majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Manakala istiadat pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa (17 Julai) pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE