Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sidang DUN: Perluaskan program Trenglish

KUALA TERENGGANU 29 Mac - Kerajaan negeri perlu memperluaskan program Trenglish yang kini hanya melibatkan 50 buah sekolah kerana ia terbukti turut menyumbang ke arah peningkatan pencapaian pelajar anak negeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

BAZLAN
BAZLAN

Penyokong kerajaan, Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) memberitahu, ini diperlihatkan dengan peningkatan daripada tahap 71.43 peratus pelajar yang mengikuti program itu lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pada 2015 kepada hampir 75 peratus tahun lalu.

"Ini membuktikan program Trenglish itu berjaya melonjakkan penguasaan bahasa itu, namun sayang sekali kerana daripada 501 sekolah di negeri ini, program itu hanya dilaksanakan di 50 sekolah," ujarnya ketika membahaskan usul terima kasih atas titah diraja dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Program Trenglish diperkenalkan di negeri ini pada 2014 hasil kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan dan insitusi pengajian tinggi tempatan dengan pendekatan interaktif.

Bazlan turut meminta kerajaan negeri memperkasakan semula sekolah-sekolah elit dan primer dengan mengaktifkan beberapa bidang yang boleh menonjolkan kreativiti pelajar seperti robotik, aeronatik, memanah, astronomi dan sukan berkuda.

Perhatian juga katanya perlu diberikan kepada perkembangan Sekolah Sukan Negeri di samping menyarankan agar kerajaan menimbangkan kewujudan Kolej Sukan Negeri di tapak yang sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain