Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meletakkan matlamat untuk sukan pemotoran lain dibangunkan bagi menyaksikan lebih banyak penyertaan warga tempatan sebagai pelumba.


“Sepanjang 19 tahun penganjuran F1, ia telah menjadi perjalanan yang begitu menarik dan mendebarkan namun kita perlu mengakhirkannya.


“Walaupun pada awal penganjurannya, banyak manfaat telah dinikmati negara namun dengan pulangan yang rendah dan kerana faktor ekonomi, kita telah buat penilaian dan membuat keputusan menamatkannya,” katanya kepada pemberita sempena perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di SIC di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE