Ujar peguam yang dilantik kerajaan Malaysia, Sitpah Selvaratnam, penyitaan kapal lapar mewah tersebut juga telah mendapat perintah waran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Setakat ini, tiada apa-apa boleh dilakukan di atas kapal tersebut tanpa perintah mahkamah dan proses siasatan selanjutnya akan bermula minggu hadapan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kapal yang dikaitkan dengan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlepas dari perairan Indonesia pada pukul 4.45 petang semalam dan tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pukul 12 tengahari tadi.

Ujar rakan peguam tersebut, Jeremy Joseph, kos penyelenggaraan bagi kapal mewah tersebut dianggarkan mungkin bernilai RM3 million setiap bulan berdasarkan pemerhatian awal.

“Namun itu cuma anggaran dan siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengesahkan perkara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE