Seorang senator Filipina sebelum ini meminta pendakwaraya khas pada tahun lalu supaya memfailkan dakwaan terhadap Duterte dengan mendakwa beliau mendepositkan wang berjumlah 211 juta peso (RM17.2 juta) dan gagal mendedahkannya sebagaimana tuntutan undang-undang.

Duterte kemudiannya menafikan dakwaan senator itu.

Namun, Majlis Anti-Penggubahan Wang Haram dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka menerima permohonan pada September lalu untuk memulakan siasatan kes berkenaan.

“Kami masih belum menilai permohonan, memulakan siasatan serta mengeluarkan sebarang laporan tentang subjek yang bergantung kepada penilaian terbabit,” kata badan itu. - AFP