Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siapa Siti Aisyah?

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Identiti sebenar wanita ke­d­u­a yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un diragui apabila dia dipercayai mempunyai dua maklumat pengenalan diri.

Malah, suspek yang dikenali sebagai Siti Aisyah, 25, warga Indonesia yang ditahan semalam juga tidak mempunyai rekod dalam Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia sebagai pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Menurut portal berita Indone­sia, Kumparan, berdasarkan rekod peribadi yang diperoleh di kampungnya di Angke, Barat Ja­karta, Siti Aisyah mempunyai­ dua identiti dengan gambar peribadi yang berbeza.

Malah dilaporkan nombor kad pengenalan serta rekod pekerja­an Siti Aisyah dalam kedua-dua maklumat itu juga berlainan.

Rekod pertama, menurut portal itu, nama wanita tersebut dieja ‘Siti Aisyah’ yang dilahirkan di Serang, Indonesia pada 11 Februari 1992 dan bekerja sebagai usahawan.

“Sementara rekod kedua pula, nama wanita itu dieja ‘Siti Aisah’, dilahirkan pada 1 November 1989 yang merupakan seorang suri rumah,” kata portal tersebut.

Siti Aisyah merupakan salah seorang daripada tiga suspek utama pembunuhan Jong-nam telah ditahan pihak berkuasa pa­da pukul 2 pagi semalam selepas identitinya dikenal pasti melalui­ ra­kaman kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Sementara itu, portal Antara pula melaporkan, Badan Nasio­nal Penempatan dan Perlindu­ngan Tenaga Kerja Indonesia tidak menemukan nama Siti Aisyah dalam pendaftaran nama tenaga kerja Indonesia yang beker­ja di Malaysia.

Dalam pada itu, portal Kumpa­ran turut mendedahkan, penglibatan Siti Aisyah dalam pembunuhan Jong-nam dipercayai bermula apabila beliau didekati oleh seorang lelaki misteri di sebuah kelab malam tempatnya bekerja di Kuala Lumpur.

Menurut portal itu, lelaki tersebut dilaporkan menawarkan Siti Aisyah upah seba­nyak AS$100 (RM445) untuk me­lakukan perbuatan yang awalnya dianggap satu gurauan.

Portal itu berkata, Siti Aisyah dipercayai menerima tawaran tersebut atas faktor kewangan meskipun tidak mengenali sepenuhnya Jong-nam.

Sementara itu, portal berita Detik.com pula memberitahu, Siti Aisyah telah bercerai dengan suaminya yang dikenali sebagai Gunawan Hasyim pada 1 Februa­ri­ 2012.

Ibu mentuanya, Lian Kiong atau dikenali sebagai Akiong, 56, memberitahu Kementerian Luar Indonesia Siti Aisyah jarang berhubung dengan keluarganya selepas bercerai dengan Gunawan.

Lian Kiong berkata, selepas bercerai, Siti Aisyah jarang mela­watnya di Tambora, Barat Jakarta dan hanya berjumpa sekali dalam setahun dengan anaknya, Rio yang berusia tujuh tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain