Ia mencuri tumpuan kerana Tengku Mahkota Pahang seterusnya mungkin bakal dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang jika Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Nama yang disebut-sebut ketika ini ialah Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah, 23, yang merupakan putera sulung Sultan Abdullah.

Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan Sultan Abdullah untuk membuat pengumuman siapa yang bakal dilantik selepas istiadat pemasyhuran baginda selesai.

Tengku Hassanal Ibrahim dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuatkuasa 18 Jun tahun lepas.

Pelantikan itu menggantikan Datuk Tengku Ibrahim Tengku Sulaiman yang meninggal dunia akibat sakit tua. - UTUSAN ONLINE
habis..