Menurutnya, selepas hampir empat tahun menjalin hubu­ngan tentunya penyatuan itu memberi sinar baharu buat kehidupan mereka.

“Perasaan itu memang lega memandangkan sama seperti orang lain, kami juga mengimpikan penyatuan untuk hubungan ini. Alhamdulillah semuanya mudah.

“Sebagai suami isteri tentunya lebih banyak aktiviti yang kami akan lakukan selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu ketika ditanya soal kerjaya, Shakilla atau nama sebenarnya Nur Shakilla Mohamad Khoriri, 29, memberitahu, suaminya tidak menghalang dia aktif berlakon.

Walau bagaimanapun, jelas­nya, sebagai seorang isteri tentunya ada batas yang perlu dijaga.

“Saya dan suami akan meneruskan rutin pekerjaan se­perti biasa sebab dalam tempoh perkenalan kami juga sudah faham kehendak kerjaya masing-masing,” katanya.

Bagi Fizi Ali atau nama sebenarnya Muhd. Hafizudin Alimudin, 29, tiada apa diharapkan selain perkahwinan kekal hingga ke syurga.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami,” ujar Fizi.

Pasangan tersebut mula ber­kenalan pada 2012 di set penggambaran telemovie Tuty Pol­kadot.

Selepas hampir empat tahun bercinta, Fizi yang juga bekas peserta Pilih Kasih musim kedua mengikat tali pertunangan de­ngan Shakilla pada 16 Julai lalu.