Peguam, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar yang mewakili LHDN memaklumkan demikian ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes melibatkan Shaheizy Sham atau nama penuhnya, Shaheizy Sam Abd. Samad di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Menurut peguam tersebut, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa LHDN telah memfailkan Notis Keban­krapan dan telah menyerahkannya secara penyampaian ganti.

“Sebelum ini, notis tersebut telah diserahkan secara pe­nyampaian ganti iaitu dengan cara tampal di mahkamah, tampal di premis dan iklan di akhbar.

“Oleh demikian, hari ini mahkamah menetapkan sehingga tarikh 15 Februari tahun hadapan untuk proses memfailkan petisyen pemiutang,” kata Mohamad Ezmeer.

Pada prosiding tersebut, Shaheizy Sam yang tidak hadir, diwakili peguamnya, Syafinah Taib.

Sebelum ini, LHDN berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon tersebut dalam akhbar dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Bagaimanapun, Shaheizy Sam berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai status diri­nya yang diisytihar muflis.