Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Shah Rizan sanggup 
memandu 6 jam hadir TN50

Datuk Rosyam Nor (kiri) menjadi moderator dalam Bicara Komuniti TN50@KKLW yang berlangsung semalam. 5
Datuk Rosyam Nor (kiri) menjadi moderator dalam Bicara Komuniti [email protected] yang berlangsung semalam.

Walaupun tahu cabaran yang terpaksa dilalui kerana perlu berpuasa pada bulan Ramadan ini, Shah Rizan bertekad untuk tidak melepaskan peluang itu kerana telah berazam untuk meluahkan isi hatinya mengenai masalah infrastruktur di Sabah kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghadirinya.

Shah Rizan berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menyuarakan pandangannya mengenai kekurangan infrastruktur dan bantuan yang perlu diberikan kepada golongan belia khususnya di daerah itu, justeru TN50 adalah platform tepat.

“Sebelum ini tiada saluran yang membolehkan golongan belia seperti saya untuk bercakap secara langsung atau berdepan dengan menteri, maka saya tidak melepaskan peluang ini untuk memastikan negeri kesayangan saya bertambah maju.

“Soal penat itu biasa. Saya bersama empat lagi rakan bertolak selepas sahur dari Lahad Datu dan tiba di Kota Kinabalu pukul 10 pagi tadi, tetapi saya tidak memikirkan sangat soal penat kerana ada objektif lain.

“Saya bercakap me­­ngenai masalah jalan raya di Sabah yang masih teruk berban­ding Semenanjung sedangkan banyak hasil bumi di sini sampai ke sana, jus­teru saya berharap semua isu yang disuarakan dalam TN50 hari ini mendapat pertimbangan kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas program itu.

Sementara itu, seorang orang kurang upaya (OKU), Muhamad Abu Bakar, 40, berkata, panda­ngan dan maklum balas yang diberikan oleh semua peserta me­nunjukkan bahawa TN50 adalah program yang perlu dianjurkan selalu melibatkan kerajaan dan belia.

“Saya turut terpanggil untuk menghadiri TN50 kerana saya berpendapat selain belia normal, TN50 turut memberikan peluang kepada belia OKU mengemukakan pendapat.

“Saya mewakili golongan senasib saya terpanggil dalam menyuarakan pandangan berkaitan langkah-langkah yang boleh dilakukan kerajaan bagi membantu orang-orang seperti saya.

“Pada mulanya, saya tidak berkeinginan menyuarakan pendapat tetapi apabila saya melihat pandangan peserta lain lebih kurang sama sahaja, maka saya mahu menyuarakan satu kelainan. Saya percaya menteri mampu membawa hasrat belia ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya.

Muhamad yang juga Timbalan Pengarah Kemas Sabah menambah, beliau meminta kerajaan me­nubuhkan satu jabatan yang khusus bagi menguruskan golongan OKU seperti Jabatan Orang Asli.

Sementara itu, bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Muhammad Hazwanudin Nassarudin, 21, pula berkata, penganjuran TN50 akan memberi impak yang baik kerana melibatkan golongan belia secara langsung.

“Saya tengok belia yang hadir berkongsi aspirasi mereka me­ngenai pembangunan yang perlu dibawa ke Sabah terutama jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik serta peluang pekerjaan.

“Semasa berpeluang bercakap tadi, saya meminta kerajaan memperbanyakkan lagi peluang pendidikan kepada belia luar bandar. Bukan sahaja membuka peluang sebaliknya wakil setiap agensi datang mencari mereka untuk didaftarkan terutama daripada keluarga miskin,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain