Datuk Sha'ri @ Sangari Abdullah
Datuk Sha'ri @ Sangari Abdullah

Penganugerahan itu menyaksikan Sha'ri membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, plak Anugerah Maal Hijrah, sijil dan hadiah iringan berupa penghawa dingin mudah alih dan sepersalinan pakaian.

Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani. 

Pada majlis tersebut menyaksikan Mohd. Hazrul Ma’in Abdullah dari Kluang menerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita Lelaki manakala bagi kategori wanita disandang Nur Hanisah Sarjit Abdullah dari Kota Tinggi. 

Bagi Anugerah Maal Hijrah Orang Asli dianugerahkan kepada Rahim Haron dari Batu Pahat. 

Ketiga-tiga penerima berkenaan menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak Anugerah Maal Hijrah, sijil penghargaan dan hadiah iringan berupa ketuhar elektrik dan sepersalinan pakaian. - UTUSAN ONLINE