Romli malah menegaskan tidak tahu menahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon akan hadir ke Majlis Pelancaran Meningkatkan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (EM-IIG) dan membaca ucapan mewakili Dr. Wan Azizah. 


Jelas Romli, pihak pejabat Timbalan Perdana Menteri juga tidak meluluskan teks ucapan yang dibacakan Mohd. Rashid. 


“Teks ucapan memang kita tak luluskan semua. Timbalan Perdana Menteri tentunya akan maklumkan kepada penganjur untuk wakilkan kepada ‘si polan’ untuk membaca ucapan mewakili beliau. Itu prosedur. 


“Dr. Wan Azizah tidak pergi ke majlis itu dan tidak mewakilkan kepada sesiapa. Jadi tidak boleh guna teks ucapan untuk mewakilinya,” katanya seperti dipetik portal berita Free Malaysia Today, hari ini. 


Tambah Romli, Dr. Wan Azizah juga tidak hadir ke program itu selepas mendapat tahu projek yang dilaksanakan Xiddig tidak mendapat sokongan kerajaan. 


“Kita dapat tahu projek yang sedang dibuat ini tiada dalam senarai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kita periksa dengan SKMM dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bahawa projek itu tidak disokong dan tidak pergi ke majlis tersebut,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE