Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, perkara itu selaras dengan prinsip mempertahankan hak kebebasan bergerak dan selaras dengan komitmen kerajaan baharu terhadap hak asasi manusia serta kedaulatan undang-undang.

“Memahami akan kesulitan keadaan semasa dan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan negara, Suhakam mengambil kira kepentingan awam dan menasihatkan agar keadaan yang memberikan justifikasi larangan perjalanan perlu diberikan.

“Memandangkan Akta Imigresen 1959/63 tidak memperuntukkan syarat-syarat mengehadkan hak kepada kebebasan bergerak, Ketua Pengarah Imigresen mempunyai budi bicara penuh untuk memutuskan hak kepada kebebasan bergerak seseorang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE