Program yang diadakan di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Durian Tunggal dekat sini diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Sesi dialog tersebut bertujuan memberikan penjelasan berhubung GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Menurut Zaini, GTMP yang dilancarkan pada tahun lalu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi hijau yang lestari serta selaras dengan hasrat pembangunan mapan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030. - UTUSAN ONLINE