Menurut kenyataan Istana Negara di sini, Seri Paduka berdua mengutuskan ucapan takziah dan simpati itu kepada Presiden Singa­pura, Tony Tan Keng Yam; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga anak mendiang Kuan Yew, serta seluruh rakyat Singapura.

Kuan Yew, 91, meninggal dunia pada 3.18 pagi tadi di Hospital Besar Singapura.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari kerana radang paru-paru te­ruk.

Upacara pengebumian negara untuk pengasas Singapura moden itu akan diadakan pada 2 petang Ahad ini di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singa­pura. – BERNAMA