Sultan Abdullah bertitah, kes pertama membabitkan pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir pada 30 Januari lalu dan kejadian dera sehingga meragut nyawa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kampung Batu Balik kelmarin.

"Selain dadah, kes bunuh yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gejala negatif yang saya cukup bimbang.

"Saya mengingatkan semua pihak supaya bukan sahaja mengawasi anak-anak malah ibu bapa yang mungkin mengalami tekanan sehingga menyebabkan kejadian sedemikian berlaku," titah Seri Paduka pada Majlis Bersama Penduduk-Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri.

Pada 10 Februari lalu, mayat seorang kanak-kanak perempuan ber­usia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan mengerikan di dalam semak bersebelahan sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilo­meter dari rumahnya di Tanjung Medang Hilir di sini.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Hafiz Abdullah di Kampung Batu Balik meninggal dunia disyaki menjadi mangsa dera bapa tirinya. - UTUSAN ONLINE